Tuesday, December 13, 2011

Ayin Cinta Tia #1


Bab 1 . 

“Saya tak kira! Pengantin perempuan mesti ada sebelum hari pernikahan!” kata Puan Anis bengis.  Ria kakak kepada Tia menjadi mangsa perkahwinan kerana ibu tiri mereka menjadikan Ria sebagai penyelesaian hutangnya. Jika Ria berkahwin dengan anak lelaki Puan Anis segala hutang yang tertangguh oleh ibu tirinya itu akan selesai. Tapi, dua hari sebelum hari pernikahan tersebut Tia menyuruh kakaknya itu melarikan diri. Kerana dia sendiri tidak sanggup melihat kakaknya hidup merana dengan lelaki tidak dicintainya itu. Sebab lain, ialah Ria mempunyai teman lelaki bernama Raziq. 

“Aku nak kau kahwin dengan anak Si Anis tuh!” Jerit Puan Fida dengan kuat pada Tia. 

“Tia tak nak, tia kan muda lagi mak..” Jawab Tia takut. Ya Allah.. kuatkanlah aku... Puan Fida berkahwin dengan Encik Nazi selepas kematian ibu kandung Tia, Puan Maimun. Layanannya pada Tia dan Ria sebelum ini baik. Tapi, selepas ayahnya meninggal Puan Fida terus menjadi kejam seperti Ria dan Tia adalah seorang pencuri.  Ibu tirinya itu menjengilkan matanya. Rambut Tia dicengkam kuat. Tia meraung kesakitan. Namun, dipedulikan oleh Puan Fida. 

“Mak.. sakit.. lepaskan lah rambut tia mak..” rungut Tia perlahan. 

“ Siapa mak kau sekarang nih. Mak kau dah lama mati! Kau tak layak panggil aku mak! Dan sekarang, aku minta kau kahwin dengan anak Anis! Bukan aku nak bunuh kau pun! Nak tak nak kau kena setuju!” Tia menangis. Rambutnya dilepas dengan kuat. Kemudiannya, dia mengangguk. Terpaksa. ‘Kakak, tolong Tia. Tia jadi mangsa kak. ‘
**
Perlahan lahan Tia meniti anak tangga. Menuju ke bilik. Sayu hatinya memandang gambar arwah ibunya.
Air mata menitis. Kemudian, dia mengambil gambar tersebut lalu dikucup. 'ibu..tia rindu ibu... kenapa terlalu cepat ibu tinggalkan tia...ibu...' bisik hatinya. Tak sanggup berdepan dengan masa akan datang. 

Akhirnya, dia terlelap bersama tangisan.

**

"Aku terima nikahnya Natrah Natalia binti Ahmad Nazi dengan mas kahwinnya lima puluh ringgit tunai..” sahlah Tia menjadi suami kepada suami yang tidak dikenalinya itu. Tak sangka, pada umur 19 tahun dia sudah digelar seorang isteri. Sewaktu, pembatalan air wuduk, Tia tidak langsung memandang wajah suaminya yang berusia 23 tahun itu. 

Dia hanya bersalaman dengan suaminya itu dan cincin disarungkan. Renungannya terhenti apabila seseorang menguak pintu bilik yang baru diduduki itu. Ibu tirinya sudah pulang ke rumah lewat petang tadi. Dia mengangkat kepalanya. Siapakah itu? Ouh. Ini ke suami aku tuh. Handsome jugak ya? Hmm. Apalah kau Tia! Tia senyum. 

“Hai.” Tegur lelaki itu. Tia hanya tunduk. 

“You tak nak mandi ke?” kata lelaki itu, suaranya serak-2 basah seperti lelaki baru bangun dari tidur. Ya Allah, berikan lah aku kebahagiaan.

“Awak mandi dulu, lepas tuh baru saya, bolehkan?.” katanya perlahan. Dia tidak biasa menggunakan I-you. 

“Oh, okay.” Suaminya itu, berlalu ke bilik air. Bilik itu di pandang. Cantik, besar, luas. Kayanya Puan Anis ini.
Tapi...kayakah hatinya dengan kebaikan? hmm.

Ini e-novel pertama saya :D heeee, terimakasihbaca!